Monday 22 July 2013

Chicken Sweet and Sour Chinese Style / Ayam Masam Manis

Teringin nak berbuka kat restoren chinese muslim. Semenjak puasa, tidak pernah lagi berbuka diluar. Berbuka di rumah dan masak sendiri lagi seronok.  Jadi masaklah Chicken Sweet & Sour chinese style di rumah saja.  Cara memasak memang senang dan simple. Masak chinese food memang senang, cara memasak senang dan bahan bahan pun simple.






Bahan-bahan:

Bahan A:

6  keping  isi ayam / boneless chicken breast
1 biji telur 
tepung jagung


Bahan B: 

2 biji bawang putih
1 biji besar bawang besar (holland)
1 cm halia
1/2 tin kuib Nenas
1 Cili Bengala Hijau & Merah (potong dadu)
3 biji cili padi (optional)
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
Tepung jagung






Cara memasak Bahan B:

1. Goreng bawang putih dan halia.
2. Masukkan bawang besar holland/kuning, cili belanga, nenas. (jika suka pedas masukkan cili padi yang dah diketuk)
3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan cuka.
4. Kemudian masukkan setengah tin air nenas.
5. Biarkan seketika sehingga kuah masak.
6. Campur tepung jagung dengan air sehingga sebati. Masukkan ke dalam kuah tadi dan gaul seketika supaya kuah itu pekat.
7. Lepas dah siap, tutup api. biarkan dan siapkan bahan A iaitu ayam


Cara Memasak Bahan A:

1. Pukul telur.
2. Celup Ayam dalam telur dan gaulkan dalam tepung jagung.
3. Goreng dalam minyak panas
4. Angkat dan tuangkan sos sweet sour ke atas ayam yang sudah di goreng,

***Jika lambat lagi nak makan, jangan dituang dahulu kuah ke atas ayam. nanti ayam tidak ranggup.









Senangkan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...